Dibedah Tanpa Bius, Doktor Digantung Kerja

Singapura – Seorang pakar sakit puan yang memulakan pembedahan caesarean terhadap seorang wanita hamil tanpa memastikan ubat bius berkesan terlebih dulu digantung kerja selama lima bulan, lapor AsiaOne pada Isnin.

Pada Jumaat lalu, mahkamah tiga hakim di republik itu turut mengenakan denda SGD$10,000 (RM25,872) ke atasnya kerana didapati bersalah melakukan kesilapan terbabit pada 2010.

Dr Lee Kim Kwong yang berusia 60-an dan bertugas di Klinik Pembedahan Wanita Lee didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin Majlis Perubatan Singapura (SMC).

Dalam kejadian pada 17 Ogos 2010 di Hospital Mount Alvernia, mangsa menjerit kesakitan ketika sesi pembedahan yang bermula pada jam 8 pagi itu.

Dalam rayuannya, Lee mendakwa dia ada menjalankan ujian bagi memastikan sama ada suntikan epidura yang diberikan sudah berkesan atau tidak sebelum pesakit itu menjerit kesakitan ketika perutnya dibelah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.