Isu Tidak Berdisplin : ELfira Loy Dakwa Tak Jejas Reputasi

Nama pelakon cantik Elfira Loy tiba-tiba menjadi panas ekoran dakwaan dia mempunyai masalah disiplin. Dakwaan tersebut timbul apabila dia dikatakan setiap kali sidang media teater yang kini sedang ditayangkan di Istana Budaya, ‘Di Bawah Lindungan Kaabah’ wajahnya tidak kelihatan.

Tambahan dia juga sering tidak hadir latihan teater yang berlangsung selama sebulan sebelum teater arahan Rosminah Tahir itu dipentaskan.

Bercakap kepada akhbar Kosmo!, Elfira berkata dia tahu tentang isu tidak berdisiplin itu pun melalui akhbar. Namun pihak produksi teater, CTRA Production tidak pernah pula memaklumkan tentang hal itu kepadanya.

“Saya tahu tentang isu tidak berdisiplin itu pun melalui akhbar. Pihak produksi teater, CTRA Production tidak pernah pula bercakap tentang hal itu kepada saya. Bahkan apabila saya datang ke set latihan, tiada apa yang berlaku. Selagi pihak produksi tidak berkata apa-apa tentang hal ini saya tidak mahu ambil peduli. Janji saya jalankan tugas saya mengikut kontrak yang telah ditandatangani.

Tambah Elfira, isu berkenaan tidak menjejaskan reputasinya sebagai pelakon. Malahan ika dakwaan tersebut benar dia rela menarik diri daripada meneruskan penglibatannya dalam teater tersebut.

“Saya bukan pertama kali berlakon, sudah lapan tahun dan saya juga bermula dengan teater sebelum drama. Saya tahu susah dan keseronokan bekerja dalam sebuah teater. Sepanjang lapan tahun bekerja saya tidak pernah mempunyai masalah disiplin. Rasanya siapa yang pernah bekerja dengan saya tahu komitmen yang saya berikan.

Mulanya, memang terasa juga kerana jika benar tidak puas hati dengan saya kenapa tidak bercakap terus atau menegur saya. Hal dalam produksi tidak perlu diceritakan kepada pihak luar. Saya rela digugurkan daripada teater ini andai benar saya tidak berdisiplin, masalahnya tidak siapa daripada produksi yang bercakap hal ini dengan saya. Jadi, saya anggap ia hanya salah faham, tidak perlu diperbesarkan isu ini. – Kosmo

Baca : Masalah Disiplin : Pelakon Elfira Loy Dihalau Balik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.