Ahmad Said Letak Jawatan MB Terengganu

Kuala Terengganu – Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said sah meletakkan jawatan selepas menyerahkan surat peletakan jawatan kepada presiden parti pagi tadi.

Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan berlaku pertukaran Menteri Besar Terengganu tetapi tidak mendedahkan calon yang sebenar.

Tengku Adnan berkata Menteri Besar baru akan mengangkat sumpah di Istana Syarqiyyah, Terengganu, pada pukul 8 malam ini.

Walaupun tiada nama pengganti diberikan, Ahmad Said diwar-warkan bakal diggantikan oleh ADUN Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Perubahan jawatan menteri besar di Terengganu timbul selepas Ahmad Said menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas Barisan Nasional (BN) menang tipis pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

BN hanya memenangi 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala 15 kerusi dimenangi Pakatan Rakyat (PR) yang berjaya memenangi separuh daripada lapan kerusi Parlimen.

2 thoughts on “Ahmad Said Letak Jawatan MB Terengganu

  • May 12, 2014 at 10:09 pm
    Permalink

    semua itu adalah qada & qadar ALLAH jua….bersyukur adalah jalan terbaik untuk kita.

    Reply
    • May 13, 2014 at 11:46 pm
      Permalink

      ya benar,segalanya adalah ujian,jalan menempuhinya adalah redha dengan kententuannya

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.