3 Maut Akibat Hujan Ribut

Beijing – Hujan ribut membunuh tiga orang dan memaksa lebih 54,000 penduduk di selatan China dipindahkan, kata pihak berkuasa tempatan pada Ahad.

Hujan lebat yang melanda wilayah Hunan sejak Khamis menjejaskan kelancaran trafik dan menyebabkan bekalan elektrik serta telekomunikasi terputus, manakala paras air di sungai utama dan kolam tadahan turut naik, kata ibu pejabat kawalan banjir tempatan.

Seorang penduduk di bandar Jinwutang terbunuh akibat tanah runtuh.

Menjelang jam 11 pagi pada Ahad, hujan lebat yang melanda menjejaskan 461,800 orang di 131 perbandaran dan memusnahkan 1,400 unit perumahan di wilayah itu.

Kerajaan tempatan sudah memindahkan 50,400 orang bagi mengelakkan risiko geologi akibat hujan rebut yang melanda.

Sementara itu, di wilayah autonomi Guangxi Zhuang, hujan lebat menyebabkan dua orang maut dan menjejaskan kira-kira 200,000 penduduk, menurut jabatan hal ehwal sivil wilayah terbabit.

Pada jam 5 petang Ahad, hujan lebat meruntuhkan 522 unit rumah, manakala 888 lagi mengalami kerosakan teruk. Kerugian ekonomi secara langsung dianggarkan bernilai kira-kira 119 juta yuan (RM61.7 juta).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.