Perbincangan RUU Antilompat Parti Tunjuk Perkembangan Positif

- Advertisement -

KUANTAN – Pusingan pertama perbincangan antara ahli dewan undangan negeri (ADUN) kerajaan dan pembangkang Pahang menunjukkan perkembangan baik.

Pengerusi UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sesi taklimat membabitkan semua ADUN itu berlangsung di bandar raya ini, pagi tadi.

“Kebetulan pagi ini saya mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, jadi tidak dapat menyertai sesi taklimat itu.

“Tapi saya percaya Speaker DUN, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin menjalankan tugas dengan baik ketika taklimat berlangsung.

“Beliau ada memberi gambaran semuanya berjalan lancar dan perjalanan sidang DUN bulan Mei ini akan berlangsung dengan harmoni,” katanya dalam sidang media di Kuantan, hari ini.

Terdahulu Wan Rosdy menyampaikan sumbangan kepada penerima dalam Majlis Penyerahan Bantuan Khas Aidilfitri di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dekat sini.

Sesi taklimat berkaitan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2022 (Antilompat Parti) yang berlangsung di bilik mesyuarat utama Pusat Transformasi Bandar Kuantan pagi tadi dihadiri semua ADUN kerajaan dan pembangkang.

Secara dasarnya, semua wakil rakyat bersetuju dengan pindaan itu, namun terdapat beberapa perkara masih perlu diperhalusi.

Turut hadir pada taklimat itu adalah ketua pembangkang Pahang, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga ADUN Cheka dan Timbalan Presiden PAS.

 

author avatar
Nik Syukri Ramli
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat