Secara Teknikal Saya Masih MB Johor – Osman Sapian

JOHOR BAHRU – Datuk Osman Sapian menegaskan beliau masih memegang jawatan Menteri Besar serta Pengerusi Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor.

Osman menegaskan, beliau masih menjadi pemimpin negeri ini sehingga surat peletakan jawatan Menteri Besar diserahkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar esok.

“Secara teknikalnya saya masih Menteri Besar. Tunggulah selepas saya menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar”, katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebuah restoran di sini hari ini.

Osman turut memaklumkan akan mengadakan sidang akhbar di lokasi yang akan diberitahu kemudian selepas menghadap Sultan Ibrahim.

Beliau juga buat masa ini enggan mengulas lanjut berbubung isu peletakan jawatan itu sehingga selesai menghadap Sultan Ibrahim.

Difahamkan, Osman akan bertemu Sultan Johor di Istana Pasir Pelangi kira-kira pada 8 pagi esok. – UTUSAN

One thought on “Secara Teknikal Saya Masih MB Johor – Osman Sapian

  • April 13, 2019 at 10:23 am
    Permalink

    Sampai bila2 Isu MB tk habis2?? Pihak istana campurtangan harubiru? Ada yg rasa lebih kuasa darjat pengaruh sbb tu la hancurbocai?? Sedarlah diri tak mananya pun.. pilihan rakyat parti..baru lah betul molek?, campurtangan seolah2 kita yg ada kuasa ..ye ke??,

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.