Petronas Siasat Punca Letupan Di Kompleks Bersepadu Pengerang

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan berlaku letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang kira-kira jam 1.25 pagi, pada Jumaat.

“Pasukan kecemasan dan kebakaran kami telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan api dapat dipadamkan dalam 30 minit kemudian.

“Ketika ini situasi dalam keadaan terkawal dan pihak berkuasa telah pun dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan maklumat lanjut akan disalurkan kemudian,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.