Harga Petrol RON97 Naik Lagi 5 Sen, Diesel dan RON95 Kekal

KUALA LUMPUR – Harga runcit RON97 naik sebanyak 5 sen kepada RM2.68 seliter bagi tempoh 13 April sehingga 19 April 2019.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.08 seliterRM2.18 seliter.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 13 April 2019 sehingga 19 April 2019 sepatutnya RM2.38 seliter dan RM2.39 seliter.

Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.