Seorang Wanita Ditahan Hina Sultan Johor

JOHOR BAHRU – Seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung laporan mengeluarkan kenyataan jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Institusi Diraja Johor, tengah malam semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, wanita yang dipercayai memuatnaik kenyataan itu ditahan pada kira-kira jam 11.30 malam, semalam di Brickfields, Kuala Lumpur.

“Pada 9 April lalu kita menerima laporan berhubung kenyataan jelik terhadap Sultan Johor dan Institusi Diraja Johor yang dimuatnaik menerusi Facebook.
“Hasil tindakan Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields wanita itu berjaya ditahan 11.30 malam semalam,” katanya.

Wan Ahmad Najmuddin berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia yang boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open

Close