Kedai Emas Rugi RM650,000 Dipecah Masuk

SHAH ALAM – Sebuah kedai emas di dalam sebuah pasaraya di Seksyen 30, Kota Kemuning di sini dipecah masuk awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pemilik kedai kira-kira pukul 11 pagi mengatakan premisnya telah dipecah masuk.

“Anggaran jumlah kerugian mangsa adalah kira-kira RM650,000 termasuk barang kemas dan wang tunai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.