Video: ‘Zakir Naik Syaitan’, Rani Kulup Buat Laporan Polis

Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA lUMPUR – Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO), membuat laporan polis mengenai penghinaan yang dilakukan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof Dr Ramasamy terhadap penceramah bebas tersohor dunia, Prof Dr Zakir Naik yang disifatkan sebagai ‘syaitan’.

 

Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia ( MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah yang mewakili tiga pertubuhan (Persatuan Putra Malaysia, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia), itu berkata, insiden itu telah menimbulkan sensitiviti umat Islam di negara ini malah telah menghina penceramah itu dengan gelaran yang tidak wajar.

 

“Dengan kenyataan yang dikeluarkan (Ramasamy) menerusi laman facebooknya, telah menggelarkan penceramah antarabangsa dunia Dr Zakir Naik sebagai Syaitan dan (menyeru) halau keluar daripada negara ini.

 

“Kenapa bila ada penceramah yang diiktiraf oleh dunia (Dr Zakir), dia dijemput untuk berceramah kenapa dia hanya ingin menjelaskan tentang Islam bukan ingin mengutuk kepada agama lain, kenapa harus gusar takut dan hendak dipertikaikan. Jadi saya tidak faham negara ini agama dia agama Islam sebagai agama rasmi. Agama lain juga bebas untuk mengamalkan agama mereka. Saya menyeru jangan dipolitikkan perkara ini,”katanya.

 

Tambahnya lagi, Dr Zakir merupakan penceramah bebas yang berceramah secara umum dan boleh duduk semeja dengan pelbagai tokoh agama lain dan berdialog secara berhemah dengan mereka.

 

“Bukan dia ajak orang masuk Islam. Bukan dia jemput orang bukan Islam semua masuk Islam. Dia hanya menerangkan sahaja. sepatutunya kita bersyukur.

 

“Saya berharap dan memohon kepada kerajaan yang berkuasa fikir dan jangan menjadikan perkara ini kontroversi dengan melibatkan etnik dan kaum di negara ini yang akan memandang serong terhadap orang yang menentang agama Islam,”ujarnya.

 

Terdahulu, Pusat Khidmat ADUN Prai, Prof P Ramasamy di Taman Chai Leng di sini, rosak selepas dibaling bom api oleh individu tidak dikenali, kira-kira jam 3 pagi tadi.

 

Kejadian itu disedari seorang kakitangan pejabat Ramasamy, yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, selepas dia mendengar bunyi letupan kuat.

 

Kakitangan berkenaan yang melakukan pemeriksaan kemudian mendapati pintu gelungsur di tingkat bawah premis mengalami kebakaran kecil sebelum api dapat dipadamkan.

 

Pihak polis kemudian dimaklumkan mengenai kejadian dengan anggota Unit Forensik masih berada di lokasi ketika ini bagi melakukan siasatan.

 

Beberapa hari lalu, Timbalan Setiausaha Agung DAP itu menggelar pendakwah dari India, Dr Zakir Naik sebagai “setan” di Facebooknya, sebelum beliau memadamkan perkataan itu, selepas mendapat kecaman pelbagai pihak.-SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.