Video: Rani Kulup Gesa KPN Tarik Balik Pembatalan Ceramah Zakir Naik

Oleh : Wan Nasrah Abdul Rahim

 

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia ( MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar agar menarik balik pembatalan ceramah Prof Dr Zakir Naik yang disifatkan sebagai melanggar hak perkauman.

 

Abdul Rani atau dikenali sebagai Ayahanda berkata, tindakan itu membuatkan ramai umat Islam di negara ini juga tidak bersetuju dan menyifatkan kehadiran penceramah bebas itu sebagai menjelaskan mengenai agama Islam, bukan bertujuan untuk menyerang atau memaksa masyarakat kaum lain memeluk Islam.

 

 

“Saya menyeru kepada Ketua Polis Negara agar timbang-timbang tarik balik pembatalan ceramah Dr Zakir Naik bagi mengharmonikan keadaan negara pada ketika ini. Saya hormat.

 

“Kalau tentang faktor keselamatan polis kan ada. Kita ramai (badan beruniform keselamatan) askar dan lain- lain. Jagalah elok-elok tak adalah kecoh. Faktor keselamatan ni kalau Dr Zakir pergi pelbagai negara dikawal elok-elok. Malaysia ni hebat. PDRM terbaik dalam dunia takkan tak boleh. Saya menyokong PDRM. Malaysia ni bagus. Fikir balik elok-elok, saya hormat.

 

“Sila buat sesuatu yang terbaik untuk negara ini,” katanya selepas membuat laporan polis ke atas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Prof Dr Ramasamy yang mencetuskan sentimen keagamaan dan menghina penceramah itu dengan menyifatkannya sebagai syaitan.

 

Polis sebelum ini mengarahkan pihak penganjur forum penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik yang bakal berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) pada 17 April ini, dibatalkan.

 

Arahan supaya membatalkan forum bertajuk Similarites Between Hinduism & Islam (Persamaan antara Hinduism & Islam) dikeluarkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid bagi memastikan ketenteraman awam di negara ini terjaga. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.