Video: Rambut Gaya Cristiano Ronaldo Dilarang Di Arab Saudi

LONDON ― Pemain bola sepak di Arab Saudi, termasuk pasukan pelawat, dilarang meneruskan perlawanan kerana fesyen rambut “qaza” mereka bercanggah dengan Islam.

 

Persatuan Bola Sepak Arab Saudi menghalang tiga pemain memasuki padang baru-baru ini selepas mengetatkan larangan fesyen guntingan ala “mohawk”.

 

Mereka hanya dibenarkan bermain jika menukar fesyen rambut itu, yang makin popular di kalangan atlet, lapor portal The Independent di sini kelmarin.

 

Rambut gaya “qaza” atau ala “mohawk”, guntingan sangat tipis di sisi kepala tetapi tebal di bahagian tengah, dilarang mulai 7 April di negara itu kerana dianggap haram.

 

Menurut hadis-hadis, seperti dipetik daripada berita Al Bawaba, menggunting sebahagian rambut tetapi meninggalkan sebahagian tidak berpotong dilarang oleh Rasulullah.

 

Seorang penulis di akhbar Al-Jazirah menggesa persatuan bola sepak mengetatkan kawalan kerana “fesyen rambut pelik-pelik ini mudah ditiru oleh peminat mereka di sekolah-sekolah.”

 

Gaya rambut qaza ― seperti pemain-pemain dunia Cristiano Ronaldo dan Stephan El-Sharaawy ― dilarang sejak 2009 di Arab Saudi tetapi pelaksanaannya tidak begitu ketat.

 

Pada tahun 2012, penjaga gol negara itu Waleed Abdullah terpaksa dipotong oleh pengadil sebelum dibenarkan meneruskan permainan dalam satu perlawanan di Riyadh. – MalayMail

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.