Ramasamy Kesal Gelar Zakir Naik Syaitan

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Menteri kedua Pulau Pinang, Prof. Dr. P. Ramasamy menyesali perbuatannya kerana menggelar pendakwah bebas dari India, Dr. Zakir Naik sebagai ‘syaitan’.

 

Beliau dalam satu kenyataaanya menjelaskan, perkara itu bukan menggambarkan niat sebenarnya yang mempunyai kaitan terhadap agama Islam.

 

“Dalam posting itu, saya telah memanggil dia sebagai syaitan dan mendakwa zakir memberi ucapan berbaur kebencian pada kepada agama selain Islam.

 

“Perkataan satan yang saya telah gunakan untuk Zakir telah viral dalam internet sehingga mendapat perhatian umum dan saya dituduh sebagai anti Islam dan anti Muslim,”ujarnya.

 

Menurutnya, menyedari gelaran syaitan sebagai tidak sesuai beliau terus membuang posting tersebut.

 

Beliau yang menyesali perbuatannya menjelaskan bahawa beliau bukan seorang anti-Islam seperti yang yang dilabel.

 

“Saya menyesal jika penggunaan perkataan syaitan boleh menimbulkan keresahan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Islam di Malaysia. Posting saya bukan berbaur anti Islam atau orang Islam di negara ini. Ia hanya ditujukan kepada orang tertentu ini (Zakir),” ujarnya lagi.

 

Sehubungan itu, beliau yakin masyarakat Malaysia saling menghormati bangsa dan agama masing-masing-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.