Pusat Khidmat P Ramasamy Dibaling Bom Api

PRAI – Pusat Khidmat ADUN Prai, Prof P Ramasamy di Taman Chai Leng di sini, rosak selepas dibaling bom api oleh individu tidak dikenali, kira-kira jam 3 pagi tadi.

 

Kejadian itu disedari seorang kakitangan pejabat Ramasamy, yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, selepas dia mendengar bunyi letupan kuat.

 

Kakitangan berkenaan yang melakukan pemeriksaan kemudian mendapati pintu gelungsur di tingkat bawah premis mengalami kebakaran kecil sebelum api dapat dipadamkan.

 

Pihak polis kemudian dimaklumkan mengenai kejadian dengan anggota Unit Forensik masih berada di lokasi ketika ini bagi melakukan siasatan.

 

Sementara itu, Ramasamy yang dipetik China Press sebagai berkata, beliau tidak pasti jika serangan itu berpunca daripada kenyataan yang dimuat naik ke Facebooknya beberapa hari lalu, namun masanya sepadan.

 

Justeru, beliau mengesyaki ada pihak yang mungkin mahu menggunakan peluang itu untuk mengugutnya.

 

Beberapa hari lalu, Timbalan Setiausaha Agung DAP itu menggelar pendakwah dari India, Dr Zakir Naik sebagai “setan” di Facebooknya, sebelum beliau memadamkan perkataan itu, selepas mendapat kecaman pelbagai pihak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.