PTPTN Nafi ‘Curi’ RM30,000 Dari Akaun Penyimpan Tabung Haji

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menafikan mengambil duit RM30,000 daripada akaun Tabung Haji peminjam seperti yang tersebar di laman sosial sejak semalam.

 

Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, seperti mana umum sedia maklum, semua transaksi pengeluaran mahu pun pindahan wang yang dibuat mana-mana akaun Tabung Haji adalah atas arahan dan kebenaran pemegang akaun sendiri.

 

Katanya, bayaran balik menerusi Tabung Haji bukanlah saluran bayaran balik disediakan PTPTN.

 

“Sehubungan itu saya ingin tegaskan PTPTN tidak mempunyai sebarang kuasa untuk membuat tindakan seperti mengambil duit simpanan peminjam mahu pun mengakses akaun Tabung Haji terbabit.

 

“Kita akan buat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya isu ini dihentikan dan tidak berpanjangan. Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan PTPTN jika ada sebarang kemusykilan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.