PRN Sarawak: Pakatan Harapan Masih Perinci Senarai Calon

PETALING JAYA –  Pakatan Harapan belum memutuskan senarai calon bagi pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-11 kerana masih memperincikannya, kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

 

Beliau yang juga Ketua Pembangkang dan anggota Parlimen Permatang Pauh, berkata senarai calon telah dibincang pada mesyuarat Majlis Presiden pakatan itu hari ini tetapi hanya akan diumumkan kemudian.

 

Pakatan Harapan terdiri daripada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara.

 

“Kami juga mencapai persetujuan supaya tiada berlaku pertindihan calon bagi kerusi-kerusi yang ditandingi,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu di pejabat PKR, di sini.

 

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dibubarkan hari ini bagi memberi laluan kepada PRN Sarawak ke-11.

 

Berikutan pembubaran tersebut, SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada Khamis, 14 April, bagi membincangkan tarikh pilihan raya negeri ke-11 itu.

 

PRN itu menawarkan 82 kerusi DUN untuk ditandingi, tambahan 11 kerusi berbanding pilihan raya sebelum ini pada 2011, selaras dengan langkah persempadanan semula oleh SPR tahun lepas. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.