Polis Rampas 47kg Ganja Dalam Beg Sekolah

GEORGETOWN – Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman merampas 47.3 kilogram ganja yang disembunyikan dalam sebuah kereta di Bukit Dumbar, di sini, pagi semalam.

 

Dalam serbuan jam 11.15 pagi itu, seorang lelaki berusia 37 tahun dan seorang wanita, 48, ditahan selepas cuba melarikan diri.

 

Sebelum itu, kedua-dua suspek sebelum itu dilihat menaiki Honda City kelabu dalam keadaan mencurigakan.

 

Mereka yang menyedari diekori polis memberhentikan kereta berhampiran sebuah premis di Bukit Dumbar dan cuba melarikan diri.

 

Bagaimanapun, kedua-duanya berjaya diberkas dan hasil pemeriksaan polis berjaya menemui beberapa beg sekolah mengandungi ganja dalam kereta terbabit.

 

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya malam tadi, turut mengucapkan syabas kepada STING kerana kejayaan merampas dadah dan menahan dua suspek itu. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.