Operasi Pembenihan Awan Di Semenanjung Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR – Operasi pembenihan awan (OPA) di Semenanjung Malaysia akan dilaksanakan bermula 12 April sehingga awal Mei depan.

 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau dalam satu kenyataan berkata operasi ini dilancarkan bagi menangani masalah paras air yang kritikal di beberapa negeri khususnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.

 

Beliau berkata, operasi yang turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Meteorologi dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka mampu menghasilkan hujan di sekitar kawasan terjejas.

 

Sementara itu, katanya, lagi operasi pembenihan awan yang dilancarkan di Sabah sejak 7 April lalu akan diteruskan.

 

Menurut Madius, operasi ini bukan sahaja bertujuan menangani masalah jerebu tetapi bagi menangani isu kekurangan bekalan air di Sabah. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.