Bekas Mufti Perlis Turut Bertanding PRN Sarawak

PETRA JAYA – Timbalan Yang Dipertua, Majlis Islam Sarawak, Datuk Dr Juanda Jaya sah akan menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11).

 

Bekas Mufti Perlis berusia 44 tahun itu akan bertanding di kawasan Dewan Undangan (DUN) Jemoreng menggantikan Abu Seman Jahwie.

 

Turut diumumkan oleh Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sebentar tadi, peguam terkemuka, Datuk Idris Buang yang akan bertanding di Muara Tuang.

 

Kerusi DUN Simunjan pula akan diwakili Awla Dris, Daro akan diwakili Shafiee Ahmad manakala Mohd Chee Kadir di Kabong dan Jefferson Jamit Unyat untuk kerusi Bukit Goram.

 

Enam calon BN terbabit adalah dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Sementara itu, Adenan, turut mengumumkan tiga calon langsung BN iaitu Miro Simuh (Serembu), John Ilus (Bukit Semuja) dan Gerawat Jala (Mulu).

 

Adenan turut mengesahkan Datuk Abdul Wahab Aziz akan mempertahankan DUN Kalaka manakala Datuk Ambrose Blikau pula akan kekal bertanding di DUN Katibas. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.