1MDB: Tindakan Tegas Jika Ada Salah Laku – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang salah laku dalam syarikat kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

“Minggu lalu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengemukakan laporannya kepada Parlimen. Ia telah mengenal pasti kelemahan dalam struktur dan pengurusan 1MDB. Seperti yang saya katakan minggu lepas, kita perlu memastikan bahawa kelemahannya diperbaiki.

 

“Tindakan akan diambil jika ada bukti salah laku ditemui. Selain itu lembaga pengarah 1MDB juga telah menawarkan peletakan jawatan mereka,” kata Najib ketika menyampaikan ucapan pada majlis Invest Malaysia (IMKL2016) di sini, hari ini.

 

Bagi mempertahankan 1MDB yang selama ini menjadi subjek tuduhan liar, Najib berkata dana 1MDB akan menjadi bukti bagaimana ia digunakan apabila projek Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia selesai tidak lama lagi.

 

“Realitinya adalah bahawa terdapat satu proses rasionalisasi dan ia sedang berjalan. Hutang yang besar telah pun dilangsaikan termasuk pembayaran balik dengan kemudahan kredit sebanyak RM950 juta oleh kerajaan pada tahun lepas.

 

“Asetnya lebih daripada liabiliti, dan aset itu adalah nyata dan boleh dilihat melalui proses yang mereka lakukan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.