Video: Lelaki Bela Lintah Gergasi, Beri Darahnya Sebagai Makanan

SEORANG lelaki Jepun mempunyai tabiat pelik dengan menjadikan lintah gergasi sebagai haiwan peliharaan.

 

Perkara tersebut mendapat perhatian selepas video yang dimuat naik ke YouTube pada Sabtu telah tersebar luas dengan menunjukkan lelaki tersebut memberi darahnya sebagai makanan lintah itu.

 

Lintah gergasi yang diperkatakan dilihat sama panjang dengan saiz lengan lelaki itu dan sumber memberitahu ia akan menghisap darah tuannya secara berkala.

 

 

Sedia maklum, lintah merupakan spesis haiwan yang menghisap darah namun aktiviti yang dilakukan lelaki itu bersama lintah gergasi peliharaannya memberi satu kejutan.

 

Lintah gergasi itu mungkin dijadikan sebagai perantara untuk bahan upacara ritual bagi kepercayaan sesetengah individu. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.