Rundingan UMNO-PAS Berkaitan Hudud Perlu – Hadi Awang

SHAH ALAM – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti berkenaan perlu mengadakan rundingan dengan Umno dalam usaha mereka (PAS) untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

 

Beliau menganggap UMNO ikhlas dalam menyokong usaha PAS itu.

 

“Bagi kita, kita anggap semuanya ikhlas. Jadi, jangan tangguh urusan ikhlas ini,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Program Nadwah Fiqh Ikhtilaf anjuran Pemuda PAS di sini Sabtu.

 

Malah, anggota Parlimen Marang itu turut mempertikaikan tindakan segelintir anggota PAS yang mempersoalkan keikhlasan UMNO itu.

 

Abdul Hadi bagaimanapun kesal apabila sekutu mereka dalam pakatan pembangkang, DAP yang terus menekan PAS supaya menangguhkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

 

Beliau menyatakan pelaksanaan hukum Hudud yang ingin diketengahkan PAS tidak melibatkan orang bukan Islam dan DAP sepatutnya tidak perlu risau.

 

“Kita nak laksana hudud bukan macam Taliban atau IS kerana mereka dirikan negara tak mengikut asas yang betul,” katanya. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.