Mukhriz Perlu Letak Jawatan Jika Tidak Sokong PM – Adun Bukit Lada

Alor Setar – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin menggesa  Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah sekiranya tidak lagi boleh menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

 

“Menteri Besar adalah jawatan yang dilantik oleh Perdana Menteri dengan sokongan Ahli Dewan Undangan Barisan Nasional, sekiranya beliau tidak lagi menyokong Perdana Menteri, elok letak jawatan.”

 

Beliau yang ditemui oleh SuaraTV selepas perjumpaan tergempar sebahagian pemimpin UMNO Kedah melahirkan kecewa dengan tindakan Mukhriz yang masih bermain tarik-tali dan enggan membuat kenyataan terbuka menyokong kepimpinan Najib.

 

Ahmad Lebai Sudin

Ahmad menegaskan bahawa Mukhriz harus membezakan antara sokongan kepimpinan dengan isu.

 

“1MDB adalah isu pengurusan yang sedang disiasat oleh Jabatan Audit Negara ia tidak harus menjadi “benchmark” kepada kepimpinan Mohd Najib. Perdana Menteri sendiri berjanji sekiranya ada salah laku dalam 1MDB, tindakan tegas akan diambil.”

 

Ahmad juga menyatakan Mukhriz berbeza pendapat dengan beliau dan Ahli-ahli Parlimen yang hadir.

 

Dalam pertemuan tersebut Mukhriz berkata akan menunggu siasatan terhadap 1MDB selesai sebelum menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

 

“Mukhriz menyatakan beliau hanya akan menyokong Najib sekiranya (siasatan) yang dijalankan mendapati 1MDB itu tidak bersalah, namun jika siasatan mendapati sebaliknya, beliau akan bersama-sama rakyat” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.

 

Namun menurut Ahmad,  kenyataan Mukhriz itu dibidas oleh Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, Datuk Mohd Johari Baharom yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut dengan  menegaskan isu sokongan terhadap Perdana Menteri tidak seharusnya berpaksi kepada 1MDB semata-mata.

 

Jemputan perjumpaan pagi ini dibuat oleh  Setiausaha Politik kepada  YAB Menteri Besar, Datuk Azimi Daim petang semalam kepada  Ketua-Ketua Umno Bahagian, ahli-ahli parlimen dan Adun-Adun negeri Kedah bersama MB.

 

“Saya dimaklumkan perjumpaan yang diadakan bertujuan untuk menyokong YAB Perdana Menteri, namun ketika perjumpaan tersebut Menteri Besar berkata beliau berpihak kepada rakyat. Saya pun hairan rakyat mana? Ramai juga rakyat yang menyokong Najib sekarang.”

 

“Hari ini kita sepatutnya membuat kenyataan menyokong kepimpinan PM jadi tidak perlu membincangkan isu-isu lain yang tidak berkaitan.

 

Selain Ahmad, antara Adun yang turut hadir dalam perjumpaan tersebut Nor Saidi Nanyan (Kuah), Kama Noriah Ibrhaim (Pedu), Dato Abu Hasan Sarif (Kota Siputeh) dan Dato Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam).

 

Manakala antara ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Dato Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Aminuddin Omar; dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan & Kerajaan Tempatan, Dato Haji Badrol Hisham Hashim.

 

Seterusnya Ketua Umno Bahagian yang hadir Datuk Mohd Rozai Shafian (Pendang), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling), Datuk Johari Baharum (Kubang Pasu), Dato Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Abdullah Hasnan (Kuala Kedah).

 

Terbaharu  Dr Mahathir dilihat beberapa kali ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blog chedet.cc, yang menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14 dan hari ini Dr Mahathir ‘menyerang’ semula dengan lebih keras.

6 thoughts on “Mukhriz Perlu Letak Jawatan Jika Tidak Sokong PM – Adun Bukit Lada

  • April 13, 2015 at 12:51 am
    Permalink

    Mukhriz tak seharus nya meletak jawatan MB, beliau harus tegas dgn prinsip nya. Adun Bukit Lada harus bersikap natural, bukan dgn secara drastik mengesa supaya Mukhriz letak jawatan. Tindakan tersebut jelas, niat yg jahat.barangkali kerana rebutan jawatan MB Kedah. Saya yakin PM lebih matang tangani isue ini dgn cara yg hemah supaya tidak menyingung mana2 pihak.
    Harap Dun Bukit Lada, jangan bersikap keterlaluan mencetuskan isue yg tak sepatut nya dlm perkara ini.

    Reply
  • April 13, 2015 at 9:34 pm
    Permalink

    Stand politik utk cari makan dah bnyk dan lama kita tgk….tidak kira siapa, samada datuk mukhriz atau dato2 ketua bahagian yg lain….harap dpt buat pertimbangan agar umno tetap kukuh utk pertahankan bangsa bkn pertahankan periuk nasi.

    Reply
  • September 11, 2015 at 12:39 am
    Permalink

    Kesian…. kat Adun kitar semula ini… mungkin beliau tiada cermin besar yg bleh menyuluh diri sebelum membuat kenyataan… Ahli UMNO belun lupa siapa ADUN ini yg pernah di gantung UMNO krn menikam parti dari belakang ketika pilihanraya dulu… Mcm ni pun ada hati nak jadi pemimpin Kedah ???

    Reply
  • February 2, 2016 at 10:47 pm
    Permalink

    Adun Bukit Lada patut letak jawatan jika tidak menyokong DS Mukhriz

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.