Krisis Najib-Mahathir: Mukhriz Panggil Mesyuarat Tergempar

Alor Setar – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan mengadakan satu mesyuarat khas melibatkan semua kepimpinan Umno diperingkat bahagian disini pagi ini.

 

Menurut sumber SuaraTV mesyuarat yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar itu bagi menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

“Saya diarah oleh YAB Dato Seri Menteri Besar merangkap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah untuk menjemput semua Exco Negeri, Ketua Bahagian Umno, Ahli Parlimen dan Adun untuk jamuan minum pagi.

 

“Majlis tersebut akan diadakan di Seri Mentaloon pada 12 April, jam 9.00 pagi” memetik pesanan yang diterima sumber tersebut.

 

Mutakhir ini, Dr Mahathir dilihat beberapa kali ‘menyerang’ Najib melalui tulisannya di blog chedet.cc, yang terbaharu menyentuh mengenai kes Altantuya, 1MDB dan ‘Nasib BN’ di bawah Najib menjelang PRU14 dan hari ini Dr Mahathir ‘menyerang’ semula dengan lebih keras.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.