Hadi Sindir Mahathir

Kuala Lumpur – Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad yang ghairah mengkritik dasar pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

 

Abdul Hadi berkata, kelemahan kerajaan di bawah pentadbiran Najib yang dikritik Dr Mahathir adalah diwarisi daripada kelemahan pentadbiran terdahulu.

 

Beliau memberi contoh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April lalu berpunca kelemahan pentadbiran terdahulu menguruskan dengan baik sumber kewangan negara

 

Presiden PAS itu berkata, mantan Perdana Menteri sepatutnya memberi nasihat kepada Najib untuk memperbetulkan kelemahan dalam pentadbirannya.

 

“Mereka masing-masing menyalahkan salah satu sama lain, orang dulu menyalahkan orang sekarang, tak perlu sebut nama.
“Hok sekarang pikul hok dulu laa (pemimpin sekarang pikul kelemahan pemimpin dulu). Kita menjadi penasihat untuk menasihatkan kerajaan supaya membetulkan keadaan,” katanya.ketika berucap pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) di Padang Merbok pada Sabtu.
Antara kritikan Dr Mahathir terhadap pentadbiran Najib termasuk mempertikai pemberian Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BRIM) dan GST.
Ahli Parlimen Marang itu menasihatkan pentadbiran Najib kembali kepada Islam dalam menguruskan ekonomi negara.

 

“Jangan bercakap pasal hudud saja, Islam ini bukan hudud saja, ekonomi pun ada,” katanya.

 

Abdul Hadi berkata, GST tidak akan menyelesaikan ekonomi negara sebaliknya menambahkan lagi masalah dengan kenaikkan kadar inflasi dan harga barangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.