Mukhriz Bakal Berdepan Undi Tak Percaya Di Kedah?

ALOR SETAR – Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Muhammad Sanusi Md. Noor memberi gambaran bahawa Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP bakal melakukan undi tidak percaya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Katanya, jika situasi tersebut terjadi, mungkin Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri itu akan mula memahami erti kerajaan perpaduan dengan meminta pertolongan UMNO dan Pas bagi membentuk kerajaan negeri.

Ujar beliau, jika undi tidak percaya itu menumbangkan Mukhriz ia juga akan menjadi sejarah besar bagi negeri ini iaitu Menteri Besar yang jatuh buat kali kedua hasil gerakan kerajaannya sendiri.

“Jika Amanah, PKR dan DAP membuat undi tidak percaya kepada Mukhriz sebagai Menteri Besar kerana terlalu banyak yang mereka tidak berpuas hati dengan prestasi beliau, mungkin MM (Mukhriz Mahathir) akan segera memahami erti UG (kerajaan perpaduan).

“Jika Bersatu meminta bantuan UMNO dan Pas untuk membentuk kerajaan negeri, gara-gara undi tidak percaya itu, kerana Menteri Besar selalu sangat berlama-lama di KL (Kuala Lumpur) berbanding tempat tugas hakikinya di Kedah, ia belum lagi sebuah UG.

“Ia mungkin menjadi kerajaan campuran sahaja. Ia cuma salah satu talian hayat untuk mengelak tertomoih (terjatuh) kali kedua,” katanya dalam status Facebooknya di sini, hari ini.

Lain-Lain Berita Menarik;-

Mukhriz Bimbang PH Jadi Kerajaan Hanya Sepenggal

Pemimpin Bersatu Dakwa PKR Cuba Rampas Jawatan MB Kedah Dari Mukhriz

Status Undian Online Syed Saddiq dan Mukhriz FC Jadi ‘Senjata Makan Tuan’

Mukhriz Enggan Ulas Kenyataan Anak Anggap Himpunan Bantah ICERD Menjijikkan

Beliau berkata demikian bagi mengulas sindiran Mukhriz mengenai desas-desus kemungkinan Pas dan UMNO merampas Kedah dan Perak melalui kerajaan perpaduan.

Tambah Muhammad Sanusi, Mukhriz tidak memahami konsep kerajaan perpaduan iaitu merujuk kepada kerajaan tanpa pembangkang apabila semua parti bersama membentuk kerajaan.

“UG tidak terjadi dalam kalangan pembangkang yang tidak mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan seperti di Kedah. UMNO dan Pas hanya bekerjasama (ta’awun) sebagai pembangkang yang kuat demi Islam dan Melayu.

“Ia adalah solidariti pembangkang atas kepentingan Islam dan Melayu yang kian terancam akibat dominasi mutlak DAP dalam PH,” katanya yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.- UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.