Viral, Skandal ‘Hoes hoin’ Bocorkan Ratusan Gambar Bogel Tentera Wanita Amerika Syarikat

Skandal terbaru yang berlaku dalam pasukan tentera ini kembali mengejutkan Amerika Syarikat (AS).  Ia turut  mengheret kredibiliti  tentera dari negara tersebut.

Ini kerana baru-baru ini skandal folder “Hoes hoin” yang mengandungi 267 gambar bogel disyaki anggota tentera wanita negara itu telah menjadi viral.

Disiarkan dari Newsweek, pelaku menyebarkan dokumen kontroversi tersebut melalui aplikasi Dropbox. Folder kontroversi tersebut diberi nama kod “Hoes hoin”

Dalam folder tersebut terdapat banyak gambar-gambar tentera wanita AS tanpa seurat benang dari semua cawangan tentera.

Dari anggota Tentera Laut hingga Udara turut dimuatkan dalam dokumen tersebut. Folder “Hoes hoin” itu juga mengandungi tiga subfolder untuk kategori wanita tertentu.

Kebanyakan gambar dilaporkan menampilkan wanita memakai aksesori ketenteraan setiap bahagian dan ada juga yang menunjukkan wajah dan label nama.

Skandal ini mula terbongkar setelah dokumen tersebut diperbincangkan ramai dalam Group Facebook “Marines United”.

Group Facebook ini pernah menjadi kontroversi pada 2017 kerana beberapa ahlinya berkongsi dokumen-dokumen dari skandal ‘Hoes hoin “.  Sebahagian foto itu adalah daripada gambar selfie manakala sebahagiannya telah dirakamkan oleh individu lain.

Pada bulan Mac 2017, Jabatan Pertahanan AS menyiasat pihak-pihak yang berkaitan dengan Group Facebook tentera tersebut selepas ia berkongsi ratusan hingga ribuan foto telanjang anggota tentera wanita.

Pada bulan April 2017, muncul peraturan rasmi yang melarang kakitangan marin AS melakukan balas dendam melalui dokumen pornografi.

Petunjuk buli siber terhadap tentera wanita juga boleh dilihat dalam folder “Hoes Hoin” yang diedarkan dari kumpulan Facebook. Terdapat beberapa gambar yang dikategorikan sebagai “warisan”.

Ia menunjukkan bahawa dokumen itu telah dikongsi dengan semua kumpulan dalam media sosial.

Susulan itu Dropbox sebagai pembekal perkhidmatan aplikasi kandungan “Hoes hoin” ini telah mengumumkan bahawa pautan dalam talian yang mengandungi beratus-ratus dokumentasi itu telah dihapuskan.

“Pautan ini telah dihapuskan dan tidak boleh diedarkan semula pada Dropbox,” kata pihak Dropbox melalui seorang jurucakap.

“Seperti biasa, kami menyiasat laporan kandungan yang melanggar ‘Acceptable Use Policy’ kami. Jika kami mendapati pelanggaran, kami mencatat kandungan dan, bila sesuai, akan diambil tindakan lain seperti melarang kandungan dan / atau melaporkan kepada penguatkuasa undang-undang, “kata pihak Dropbox.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.