Trump Jemput Mahmoud Abbas Bincang Proses Damai

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Presiden Donald Trump menjemput pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas ke Rumah Putih selepas kedua-dua pemimpin berbincang menerusi telefon buat kali pertama sejak Trump memegang jawatan itu 20 Januari lalu.

“Presiden Trump menyampaikan jemputan rasmi kepada Presiden Abbas untuk melawat Rumah Putih bagi membincangkan proses damai antara Palestin,” kata jurucakap Abbas, Nabil Abu Rdainah.

Rumah Putih dalam satu kenyataan berkata, Trump menjemput Abbas ke mesyuarat di Rumah Putih dalam masa terdekat.

Jurucakap Rumah Putih berkata, beliau percaya perjanjian damai antara Israel dan Palestin perlu dirundingkan secara langsung oleh kedua-dua belah pihak.

Abbas memberitahu Trump keamanan itu adalah “pilihan strategik” untuk rakyat Palestin.

Palestin menunjukkan kebimbangan terhadap pendekatan mesra ditunjukkan Washington dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sejak Trump menjadi presiden kerana kedua-dua pemimpin itu bercakap menerusi telefon sekurang-kurangnya dua kali sejak majlis angkat sumpah pada 20 Januari lalu.

Dalam pada itu, pegawai Palestin menyatakan Abbas akan menekankan beberapa kebimbangannya.

“Iaitu mengenai pembinaan penempatan Israel di tanah yang dirampas dan keperluan mewujudkan dua negara bagi menyelesaikan konflik itu.

“Presiden Abbas menekankan komitmen kepada keamanan segabai pilihan strategik mendirikan negara Palestin selain negara Isreal,” katanya.-SInar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.