‘Buat Apa Nak Malu, Ini Syurga Aku’

KUALA LUMPUR – Seorang editor sebuah majalah, mengakui tidak malu memuat naik status masih berkepit dengan ibu.

 

Hilmi Ishak Bob menerusi statusnya menulis, “Dah besar tapi still berkepit dengan mak memanjang. Tak malu ka?

 

“Buat apa nak malu? Ni syurga aku…,”tulisnya.

 

Sehubungan itu, ramai pelayar dan kenalannya turut memberikan pandangan dan maklum balas bersetuju dengan status tersebut.

 

Malah, ada segelintir juga memberikan komen bahawa selagi masih ada kesempatan dianjurkan untuk berbakti kepada kedua ibu bapa yang masih hidup.

 

“Sementara masih ada emak, jagalah dia. Bila dia tak ada lagi kat dunia ini, kau akan kehilangan untuk selamanya. Kau akan rindu yang teramat sangat,”tulis Dashmir Dazmeer.

 

Menurut Harliana Hussain pula, “Setuju kita mesti tengok beberapa kalai kalau anak bermanja dengan parents. Tapi kita langsung buat tak tahu kalau ada couple hot tengah bermanja. pelikkan..,”tulisnya.

 

“Itula yang seelok-eloknya sayang ibu hingga akhir hayat,”tulis Amina Azali.

 

Hazwan Mahfuz Nazmi pula menulis “Dunia dah pelik, bila perempuan manja dengan mak nampak cute, bila laki manja dengan mak nampak anak mak. Syurga perempuan bawah suami, Syurga lelaki bawah mak. Mentality dood,”katanya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.