Zulin Aziz Minta Nasihat Ustaz Sebelum Berhijab

Pelakon dan pengacara Zulin Aziz, 25, mengaku sudah lama menyimpan niat untuk berhijab dan gembira kerana berjaya melaksanakan hasratnya itu sejak semalam serta berharap keputusannya itu tidak menyekat rezekinya dalam bidang lakonan.

 

Bercakap kepada Berita Harian, pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abd Aziz ini berkata, keputusan yang diambil olehnya itu bukan kerana ingin berkahwin atau sekadar mengikut trend semata-mata sebaliknya kerana mengikut tuntutan agama.

 

Menurut Zulin, beliau enggan menjadikan hijab sebagai halangan untuk terus berkarya dalam bidang seni.

 

Baginya, ramai artis wanita seperti Fara Fauzana, Ogy Ahmad Daud, Neelofa dan ramai lagi namun tidak membataskan mereka untuk terus popular.

 

“Saya rasa mengapa melengahkan perkara baik dan kenapa meletakkan tudung sebagai halangan dalam bekerja. Saya turut meminta pandangan ustaz berhubung hal ini dan beliau menasihatkan saya untuk meneruskan niat itu.

 

“Tudung itu bukan sekadar fesyen kerana ia adalah perkara wajib. Namun saya akui masih baru bertudung dan bukanlah berubah secara drastik serta menjaga tingkah laku bersesuaian dengan imej bertudung ini,” kata Zulin.

 

Zulin turut meminta pandangan daripada pengurus serta beberapa orang rakan baiknya dalam bidang seni. Mereka tidak menghalang keputusan Zulin sebaliknya memberi sokongan sepenuhnya kepada Zulin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.