Video: Tinggal Anak Atas Koridor Viral Di Media Sosial

Singapura – Video menunjukkan seorang wanita meninggalkan seorang kanak-kanak perempuan di atas dinding koridor (parapet) sebuah bangunan telah membangkitkan kemarahan orang ramai.

 

Video berdurasi 2 minit dan 30 saat tersebut dimuatnaik ke laman sosial Facebook pada 7 Mac.

 

Menurut Straits Times, wanita tersebut dipercayai ibu kepada kanak-kanak perempuan tersebut.

 

 

Dalam video tersebut, seorang jiran memberitahu: “Hello, anda letak anak anda begitu? Nanti suami awak nampak, dia marah awak. Awak letak anak begitu, awak buat saya takut.”

 

Wanita tersebut, dipercayai bukan warganegara Singapura, bagaimanapun masuk ke dalam rumah, meninggalkan kanak-kanak tersebut.

 

Pada akhir video, kelihatan seorang lelaki dipercayai suami wanita berkenaan dan kanak-kanak itu yang masih belum dialihkan dari tempat dia diletakkan. Sinar Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.