Video: Stadium Kelantan Musnah, Lepas Doa Laknat UMNO – Bung Mokhtar

Kuala Lumpur – Ahli parlimen Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatanagn) menyifatkan banjir besar yang melanda negeri Kelantan baru-baru ini sebagai bala dari Allah apabila pemimpinnya tidak bersyukur.

 

“Hampir setengah jam saya duduk mendengar hujah dari rakan saya dari (ahli parlimen PAS) Kuala Nerus (Mohd Khairuddin bin Aman Razali dari Pas), beliau begitu naif seolah-olah tiada lansung kebaikan kerajaan Barisan Nasional, ini namanya kufur nikmat.

 

 

“Baru-baru ini berlaku satu bencana alam (iaitu) banjir dan di Kelantan ini ia berlaku hampir setiap tahun, tetapi saya lihat bencana pada kali ini merupakan cubaan apabila pemimpinya tidak bersyukur” katanya ketika membahaskan titah ucapan diraja di Dewan Rakyat hari ini.

 

Menurut Bung walaupun Barisan Nasional dituduh tidak melakukan apa-apa, bertindak zalim kerana merampas harta rakyat dan sebagainya namun kerajaan tetap menghulurkan bantuan dengan menyalurkan peruntukan, membina rumah dan sebagainya.

 

Beliau turut menyifatkan pemimpin PAS sebagai tidak tahu beryukur kerana tidak pernah redha hingga menyebabkan jiwa mereka kacau dan binggung.

 

“Mana ada ajaran Islam yang mendoakan saudara seagama hancur, (suatu ketika dahulu) di Stadium Sultan Mohammed IV (PAS) mendoakan (agar UMNO hancur).

 

“Tiba-tiba stadium yang digunakan sebagai lokasi doa laknat itu hancur dilanda banjir, (balasan) tersebut dikembalikan oleh Allah kepada mereka yang mendoakan kehancuran orang lain” katanya lagi.

 

PAS sebelum ini pernah mengadakan solat hajat dan berdoa supaya UMNO hancur di stadium tersebut yang dipimpin oleh Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.