Video: Kementerian Pendidikan Tidak Ikhlas Antara Punca Kempen Sabah Keluar Malaysia – Bung Mokhtar

Kuala Lumpur – Ahli parlimen Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatanagn) hari ini merayu agar Kementerian Pendidikan segera menyelesaikan isu-isu pendidikan di Sabah yang disifatkan semakin meruncing hingga menyebabkan rakyat marah terhadap kerajaan.

 

“Isu pendidikan di Sabah ini, kalau saya cakap kuat-kuat ada orang (nanti) ada orang tidak tegur saya, susah.

 

“Sekolah terbakar mengambil masa sampai sekarang (walaupun) kes ini sudah memakan masa hampir 7-8 tahun tidak dibina, sekolah masih berada di bawah kolong, masih tidak ada bumbung” katanya ketika membahaskan titah ucapan diraja di Dewan Rakyat hari ini.

 

 

Menurutnya kes mengenai sekolah yang terletak di Sukai itu pernah diutarakan beberapa kali namun sehingga tiada sebarang tindakan yang diambil.

 

“Saya dah bercakap dengan KSU (Ketua Setiausaha Kementerian), saya dah bercakakp dengan menteri (namun) isu tersebut tidak juga selesai.

 

“Tidak tahu bila boleh selesai, saya harap Kementerian ambil perhatian selesaikan isu mengenai sekolah-sekolah ini.. kesian orang-orang Sabah ini” ujarnya lagi.

 

Bung turut menggesa pihak kementerian memberikan ketelusan dan berhenti bermain ‘tarik-tali’  dalam isu ini bagi membuktikan keikhlasan

 

Menurutnya renteran dari isu tersebut wujud gerakan agar Sabah keluar dari Malaysia, walaupun tidak bersetuju dengan kempen tersebut namun semua isu-isu berbangkit ini telah menyebabkan rakyat bosan.

 

Ahli majlis tertinggi UMNO itu turut menyentuh isu elaun perumahan pegawai kerajaan semenanjung yang bertugas di Sabah yang dilihat seperti ‘anak tiri’ dalam persekutuan.

 

Menurutnya elaun yang diberikan jauh lebih tinggi berbanding pegawai kerajaan Sabah yang bertugas di semenanjung sehingga menyebabkan beliau pernah terlintas untuk menyokong gerakan Sabah keluar dari Malaysia.

 

“Kita ini seperti dianaktirikan. Sebab itulah ada gerakan untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia.

 

“Kadang-kadang rasa terpanggil mahu bersama (mereka). Tetapi saya ingatkan yang itu cerita lain,” katanya lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.