Samun Pakai Topi Keledar, Pemandu Teksi Rugi RM300

Kuala Lumpur – Seorang pemandu teksi kerugian RM300 selepas wangnya disamun dalam kejadian di sebuah bank di Sentul, pada Selasa.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, mangsa sedang memasukkan wang di mesin deposit sebelum disamun seorang lelaki bersenjatakan pisau.

 

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, suspek memakai topi keledar ketika samun mangsa yang berusia 53 tahun bagi mengelakkan identitinya diketahui.

 

“Berlaku pergelutan di antara suspek dengan mangsa hingga menyebabkan mangsa cedera di lengan dan dahi.

 

“Ada rakaman litar tertutup dalam bank tersebut dan rakaman itu telah dihantar kepada pihak forensik bagi mengenal pasti suspek,” katanya.

 

Beliau berkata, siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti kaitan kes tersebut dengan kes samun membabitkan seorang lelaki di sebuah Bank di Petaling Jaya, Ahad lalu.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.