Rosmah Kawan Baik Saya, Jangan Laga-lagakan Kami – Tengku Puan Pahang

Kuala Lumpur – Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah mengesa masyarakat agar berhenti membuat fitnah dan mengaitkan status ‘nasi bungkusnya’ dengan Datin Seri Rosmah Mansor.

 

Tunku Azizah zbertitah demikian ketika menjawab isu yang dibangkitkan oleh portal dan blog pro-pakatan rakyat yang mendakwa kononnya baginda menyindir isteri perdana menteri itu.

 

“(Datin Seri) Rosmah adalah kawan baik saya dan saya tidak akan sesekali mengkhianati mahupun ‘menikam belakang’ seorang rakan.

 

“Saya akan menutup akaun Instagram kerana kecewa dengan (mereka) yang membuat fitnah” tulis baginda di laman twitternya.

 

Status yang dimuatnaik oleh Tunku Azizah semalam, menjadi viral di media sosial apabila portal dan blog pro-pakatan rakyat mendakwa ia menyindir Datin Seri Rosmah.

 

“There goes my diet… Oleh kerana nak bayar hairdresser mahal, saya hanya mampu beli nasi bungkus!,” tulis isteri kepada Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Ibni Sultan Ahmad Shah itu semalam.

 

Tidak mahu ia disalahertikan, Tunku Azizah kemudiannya segera mengubah status berkenaan agar menjadi lebih ringkas.

 

“There goes my diet.” (Habislah diet saya)” tulisnya pula kira-kira satu jam selepas gambar itu dimuatnaik di Instagram.

 

Tuanku Azizah turut melahirkan rasa kecewa baginda diatas tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab itu dan bersetuju dengan kenyataan yang dimuatnaik oleh penguna Twitter YY yang menyifatkan ‘media sosial dah semakin giler kerana POLITIK dan KUASA’.

 

“Sebelum saya tidur saya maafkan mereka yang putar belitkan ayat saya dan semoga Allah swt tunjuk mereka ke jalan yang benar, jauh dari membuta fitnah” ujar baginda lagi.

 

Baca: Kerana Status ‘Nasi Bungkus’, Tengku Puan Pahang Tutup Akaun Instagram

Baca: Makan Nasi Bungkus, Tunku Azizah Tak Mampu Upah Pendadan Rambut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.