Presiden Pas Tidak Semestinya Ulama – Khalid Samad

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menegaskan, jawatan Pre­siden Pas lebih sesuai disandang oleh individu yang mempunyai kepakaran politik dan tidak semestinya dalam kalangan ulama.

 

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat berkata, sebagai ketua pelaksana, Presiden perlu pakar dalam bidang kepe­mimpinan, pengurusan, pentadbiran, ‘bacaan’ politik dan perancangan strategik supaya mampu memacu parti ke arah pencapaian matlamat yang dipersetujui bersama.

 

“Maka amat jelas bahawa Pre­siden dan AJK Pas Pusat tidak semestinya dalam kalangan ulama. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.