Polis Buru 15 Perompak Larikan Barang Kemas 9 Juta Euro

Paris – Polis sedang memburu kira-kira 15 lelaki bersenjata yang merompak barang kemas bernilai berjuta euro daripada dua van keselamatan di sebuah lebuh raya, selatan Paris, semalaman.

 

Seorang pegawai polis Perancis yang dipetik Reuters pada Rabu berkata, kumpulan perompak itu menahan dua van itu di sebuah plaza tol di Lebuhraya A6 yang menghubungkan Paris dan Lyon, di kawasan Yonne, sebelum melarikan diri dengan empat kereta dan dua van berkenaan.

 

Media tempatan melaporkan, barang kemas bernilai 9 juta euro atau RM35.19 juta dan kumpulan penjenayah itu menggunakan gas untuk memaksa pengawal keselamatan itu keluar daripada van masing-masing.

 

Menurut polis, tiada mangsa yang cedera dalam rompakan itu dan van-van berkenaan ditemui terbakar serta ditinggalkan di tepi Lebuhraya Avallon, berhampiran lokasi rompakan.

 

Barang kemas itu masih tidak dijumpai.

 

Pada November lalu, dua lelaki merompak sebuah butik barang kemas Cartier di Paris.

 

Mereka turut menjadikan seorang individu sebagai tebusan, sebelum menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.