Peluang Melihat Aset Terbaru TUDM, A400M Atlas Di LIMA’15

ALOR SETAR – Pelawat ke Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA ’15) bermula 17 hingga 21 Mac ini boleh melihat dengan lebih dekat aset terbaru Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), pesawat pengangkut A400M Atlas.

 

TUDM menerima pesawat yang pertama dengan pengenalan “MSN022″, daripada empat buah yang dibelinya di Seville, Sepanyol dua hari lepas.

 

“A400M Atlas milik TUDM itu dijangka akan membuat penerbangan lintas pada hari perasmian LIMA ’15 pada 17 Mac ini,” menurut seorang kakitangan penganjur pameran dwitahunan.

 

Pesawat pengangkut strategik itu berkemampuan membawa bebanan 20 tan sejauh 3,400 batu nautika tanpa keperluan mengisi minyak serta pada ketinggian 37,000 kaki dan kelajuan 0.72 Mach.

 

Kehadiran pesawat pengangkut A400M di dalam inventori TUDM itu bakal meningkatkan kemampuan operasi pengangkutan TUDM yang pada ketika ini banyak bergantung kepada pesawat C-130 Hercules.

 

Malaysia merupakan pengguna tunggal pesawat A400M di Asia ketika ini, dijangka menerima dua lagi pesawat A400M akhir tahun ini dan pesawat terakhir tahun depan.

 

Negara pengguna A400M buatan syarikat syarikat Airbus Defence and Space pada masa ini termasuk Perancis, Jerman, Turki dan United Kingdom. – PostMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.