Pelajar USM Maut Nahas Di Aceh

Georgetown – Seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) terbunuh selepas bas yang membawa rombongan lawatan akademik universiti itu terbabit dalam kemalangan di Aceh, hari ini.

 

Pelajar tahun akhir kejuruteraan sumber mineral, Muhamad Izzamir Nabihan A Majid, 23, disahkan meninggal dunia di Pusat Kesihatan Masyarakat Geumpang, Acheh.

 

Naib Canselor USM, Prof Datuk Omar Osman, berkata kemalangan itu berlaku selepas rombongan oleh 19 pelajar dan enam kakitangan universiti berkenaan terbabit dalam kemalangan selepas pulang daripada melawat lombong arang batu di Geumpang.

 

Katanya, tujuh orang dilaporkan cedera dan pihaknya kini menubuhkan bilik gerakan di Aceh bagi membantu dan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa serta ahli keluarga mangsa di negara ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.