Pelajar Cemerlang SPM Terima RM1,000 & Telefon Pintar

KUALA LUMPUR – Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), C. Pavitra menerima sumbangan RM1,000 dan Samsung Galaxy Tab 3 daripada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil di rumahnya semalam.

 

Datuk Seri Sharizat berkata beliau telah membaca tentang Pavitra dalam surat khabar dan ingin bertemu serta mengucapkan tahniah kepadanya secara peribadi.

 

“Kami amat berbangga dengan perempuan muda ini. Sama ada dari keluarga kaya atau miskin, tinggal di kawasan bandar atau luar bandar, sokongan sesebuah unit keluarga adalah penting untuk menggalakkan pelajar supaya berjaya,” ujar Datuk Seri Sharizat, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

 

Minggu ini adalah satu minggu yang amat penat bagi pelajar terbaik itu kerana beliau di temuduga dalam pelbagai wawancara seperti surat khabar dan stesen radio.

 

Tambah lagi, wanita muda 18 tahun tersebut tiba-tiba mendapati akaun Facebooknya dibanjiri dengan lebih seratus permintaan rakan dan mesej.

 

“Memang ini menyebabkan saya penat dan gementar sedikit.Tetapi saya benar-benar gembira pada masa yang sama,” kata pelajar SMK Convent Kajang, yang mendapat 11A + dalam peperiksaan itu.

 

Dalam pada itu, keadaan kewangan keluarga Pavitra merupakan motivasi utama untuk dia belajar bersungguh-sungguh.

 

“Saya melihat ibu bapa saya berjuang untuk menyara kehidupan kami Saya mahu membantu mereka. Saya hendak mengubah nasib kami daripada keadaan ini,” jelas anak muda itu lagi.

 

Menurutnya, hendak menjadi doktor pakar  kulit dan  berharap agar mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di negara India atau Australia nanti.

 

Di samping itu, rumah kecil mereka penuh dengan trofi dan pingat dimana Pavitra dan adiknya, C. Ajith,16, peroleh daripada penyertaan mereka dalam aktiviti pengucapan awam dan bidang sukan.

 

Pelajar terbaik itu juga menjelaskan bahawa dia tidak memiliki telefon bimbit dan komputer di rumahnya disebabkan kesempitan wang.

 

“Saya sentiasa mahu sebuah komputer riba. Saya tidak mahu bertanya kepada ibu bapa kerana tidak mahu membebani mereka dan tahu ianya sukar untuk mereka belikan disebabkan masalah kewangan,” sambung Pavitra. – Kuala Lumpur Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.