Operasi Besar-Besaran Untuk Penunggang Motosikal

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan operasi bersepadu khas secara besar-besaran terhadap penunggang motosikal dalam masa terdekat berikutan peningkatan ketara statistik kemalangan maut membabitkan mereka.

 

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya belum menetapkan tarikh bagi melaksanakan operasi berkenaan kerana mahu memberi peluang kepada penunggang dan pemilik motosikal memperbaiki kenderaan mereka.

 

“(Operasi) dalam masa terdekat tetapi kita belum putuskan bila. Kita bagi peluang mereka memperbaiki kerosakan pada kenderaan seperti lampu brek, cermin sisi dan nombor pendaftaran.

 

“Ingin saya tegaskan, sebaik operasi itu dilancarkan PDRM tidak akan berkompromi atau menerima sebarang alasan yang diberikan malah jumlah saman yang dikenakan atas kesalahan berkenaan tidak akan dikurangkan,” katanya.

 

Sebelum itu, beliau dalam ucapan sempena Majlis Penganugerahan Surat Penghargaan kepada pengguna jalan raya berhemah dan kontinjen terbaik Op Selamat 6 sempena Tahun Baru Cina berkata, secara keseluruhan jumlah kemalangan dalam operasi kali ini meningkat sebanyak 18.8 peratus iaitu 2,796 kes.- HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.