Lebara Lancar Aplikasi Lebara Talk

Kuala Lumpur – Lebara kini melebarkan perkhidmatan mudah alihnya ke pasaran baru dengan pelancaran Lebara Talk. Keselesaan adalah tunjang kepada aplikasi suara dan pesanan mesej yang berciri mudah muat turun ini, dengan keunikan top-up.

 

Bersama-sama nombor sedia ada yang ditawarkan di kedai-kedai tempatan yang turut menyediakan khidmat top-up, Lebara kini semakin bermutu dari segi pendekatan peribadi, sambil turut menawarkan pilihan sama ada top-up dalam talian mahupun dalam aplikasi.

 

Disediakan untuk telefon pintar yang menggunakan sistem Android dan iOS, Lebara Talk awalnya dilancarkan dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Arab, Itali, Sepanyol dan Indonesia, dengan kredit percuma sebagai hadiah bagi setiap pelanggan yang memuat turun aplikasi ini.

 

“Daripada pengalaman, kita menyedari hakikat bahawa tidak semua individu mempunyai akses kepada akaun bank, dan inilah alasan kepada usaha sama yang kami jalin dengan rangkaian kedai setempat yang menyediakan pilihan top-up.

 

“Kami turut mengguna pendekatan ini terhadap Lebara Talk supaya aplikasi ini mudah diakses secara paling universal yang mungkin,” kata Pengerusi dan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan Lebara berkata, Yoganathan Ratheesan.

 

 

Ciri utama Lebara Talk :

 

Selesa:  Dapatkan kedai tempatan dan lakukan top-up di situ menggunakan wang tunai atau kad, serta in-app atau dalam talian.

 

Mudah: Berfungsi dan serasi dengan semua rangkaian telco tanpa perlu menukar kad SIM.

 

Telus: Semak kadar panggilan sebelum membuat panggilan supaya anda tahu berapa banyak wang yang dibelanjakan bagi panggilan antarabangsa berkos rendah.

 

Diskaun: Berjimat lebih dengan Super Savers bagi destinasi panggilan yang kerap anda lakukan.

 

Boleh diharap: Alami perbualan lebih jelas dengan rakan-rakan kerana dibantu oleh panggilan bermutu HD menerusi WiFi.

 

Perbualan Percuma: Berbual dengan lain-lain pengguna aplikasi Lebara Talk tanpa sebarang caj.

 

Pengguna boleh memuat turun secara percuma aplikasi Lebara Talk menerusi App Store atau Google Play, atau layari Lebara.com/talk bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.