Lapan Nyaris Maut, Dua Kenderaan Bertembung

Ipoh- Lapan orang nyaris maut selepas kenderaan yang dinaiki bertembung dalam kejadian di Jalan Changkat Kruing, Pantai Remis, awal pagi tadi.

 

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, van yang dinaiki lima lelaki warga Bangladesh dan dua warga tempatan dipercayai bertembung dengan sebuah kereta Myvi yang dinaiki seorang lelaki.

 

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 8.04 pagi dan membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaan.

 

Menurutnya, semua mangsa cedera di bawa ke Hospital Manjung untuk menerima rawatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.