Gambar Pelancong Separuh Bogel Tepi Laut , Viral Di Internet

Kuala Lumpur – Gambar gelagat dua wanita warga asing yang bermain pasir dalam keadaan separuh bogel tanpa coli, dipercayai berlaku di Pulau Sulug, Kota Kinabalu tersebar luas di laman sosial.

 

Perlakuan itu mendatangkan kemarahan orang ramai kerana tidak menghiraukan sensitiviti masyarakat setempat.

 

Beberapa pengunjung yang mengunjungi pusat peranginan dipercayai di Pulau Sulug, sebelum ini dilaporkan terkejut apabila menyedari gelagat dua gadis warga asing yang bermain pasir dalam keadaan separuh bogel tanpa coli, dengan tidak menghiraukan sensitiviti penduduk tempatan dan pelancong lain.

 

Aksi kedua-dua warga asing berusia sekitar 20-an itu bukan saja diperhatikan pengunjung kanak-kanak, malah perbuatan mereka berjaya dirakam beberapa pengunjung lain di pulau itu yang terletak di bawah bidang kuasa Taman-Taman Sabah (TTS).

 

Seorang pengunjung, Mardiana Abdul Ezam, 33, berkata, dia hanya menyedari perbuatan pelancong asing itu selepas ditegur salah seorang anaknya sebaik menjejakkan kaki ke pulau berkenaan kira-kira jam 9 pagi, Ahad lalu.

 

“Pada mulanya, saya menyangka anak tersilap cakap apabila mendakwa melihat perempuan tidak berbaju sedang bermain pasir.

 

“Saya kemudian melihat ke arah mereka dan terkejut apabila mendapati dakwaan anak memang betul,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

 

Menurut jurucakap Taman-taman Sabah, setakat ini, Pulau Sulug jarang dikunjungi orang ramai seperti mana pulau-pulau di dalam kawasan Taman Tunku Abdul Rahman ekoran kekurangan kemudahan asas untuk pelawat disediakan.

 

Bagaimanapun katanya, rondaan dan pemeriksaan serta kerja-kerja pembersihan dilakukan daripada masa ke semasa oleh pihak Taman-Taman Sabah.

 

“Pulau itu juga bukanlah ditutup kepada orang ramai, namun sesiapa yang ingin datang ke sana, perlu mendapatkan kebenaran daripada Taman-Taman Sabah terlebih dulu, untuk tujuan keselamatan.

 

“Berhubung isu ‘topless’ yang dilakukan pelancong asing seperti dakwaan pengadu, Taman Taman Sabah memandang berat perkara itu kerana tidak membenarkan sebarang aktiviti kurang sihat dilakukan di semua kawasan pulau-pulau yang terletak di dalam kawasan Taman Tunku Abdul Rahman,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Katanya, Taman-Taman Sabah juga tidak teragak-agak akan mengambil tindakan ke atas mereka yang berkelakuan kurang sopan di khalayak ramai di dalam kawasan Taman tersebut .

 

“Bagaimanapun, sehingga kini, kami masih belum menerima sebarang aduan mengenainya, dan Taman-Taman Sabah akan menyiasat perkara ini lebih lanjut termasuk memantau lokasi tersebut,” ujarnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.