Bernama Bincang Nasib Bernama TV

Kuala Lumpur – Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sedang dalam peringkat perundingan untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan stesen berita 24 jam, Bernama TV.

 

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, antara lain pilihan rundingan yang dipertimbangkan adalah Bernama mengambil alih keseluruhan kepentingan dalam syarikat termasuk melibatkan penstrukturan kembali saham dan operasi.

 

Pensturkturan operasi, kata Shabery, termasuk melihat kembali format stesen berkenaan yang menggunakan empat bahasa dalam penyampaian beritanya.

 

“Bernama memilih sepenuhnya keseluruhan saham dalam syariat tersebut.. ini bagi memungkinkan kerajaan membantu dan beberapa pentrukturan dari segi operasi termasuk apakah melihat empat bahasa sekarang ini merupakan format yang munasabah.

 

“Kerana dalam dunia tak ada satu pun saluran berita yang ada empat bahasa.. dua bahasa pun tak sesuai..macam surat khabar, mana ada empat bahasa..Kalau nak bahasa Melayu, (pilih) bahasa Melayu, kalau nak Tamil, (pilih) Tamil, kalau nak bahasa Inggeris, (pilih) bahasa Inggeris,”katanya ketika ditemui di lobi parlimen sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.