1MDB Dijangka Lancar IPO – Ahmad Husni

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dijangka melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) pada Jun atau Julai depan bagi mendapatkan dana yang akan digunakan menangani masalah aliran tunai syarikat pelaburan strategik kerajaan itu.

 

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, sumber kewangan jangka pendek itu akan digunakan untuk penstrukturan semula pinjaman 1MDB dan memastikan operasi syarikat berjalan lancar.

 

“IPO sangat penting, jadi dalam jangka pendek diperlukan untuk penstrukturan semula pinjaman yang ada dan setelah selesai IPO itu, insya-Allah seperti saya nyatakan ia akan menjadi lebih lancar untuk 1MDB.

 

“Mengenai masa depannya, saya menyatakan tadi batu penghalang ialah kedudukan kewangan. Selepas IPO selesai, sebahagian permasalahan selesai,” katanya ketika menjawab soalan Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh (BN-Sabak Bernam) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.