11 Orang Dikhuatiri Maut Helikopter Tentera Terhempas

MIAMI – Seramai 11 askar marin dan empat anak kapal dipercayai hilang dan dikhuatiri mati selepas helikopter tentera terhempas ketika latihan waktu malam di Florida, kata pegawai tentera.

 

Helikopter UH-60 Black Hawk dilaporkan hilang pagi semalam dekat Pangkalan Udara Eglin.

 

Kawasan berkenaan dilanda kabus tebal tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia menjadi punca nahas.

 

Jurucakap pangkalan udara, Andy Bourland berkata, pasukan mencari dan menyelamat mengesan serpihan pesawat itu dan penyiasatan sedang dijalankan.

 

“Doa dan ingatan daripada kami di sini di Rumah Putih untuk ahli keluarga mereka yang terkorban dalam nahas ini,” kata jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest.

 

Sementara itu, Presiden Barack Obama juga merakamkan ucapan takziah menerusi panggilan telefon dengan komander tentera yang terbabit.

 

“Presiden memberi penghargaan atas segala pengorbanan askar terbabit dan ahli keluarga mereka bagi menjaga serta melindungi negara ini,” kata Earnest.

 

Sementara itu, sebuah lagi pesawat Black Hawk selamat kembali ke pangkalan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.