Universiti Nottingham Sahkan Najib Lulusan Bidang Ekonomi Perindustrian

KUALA LUMPUR — Universiti Nottingham mengesahkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak seorang lulusan bidang ekonomi perindustrian pada pertengahan 1970-an.

Universiti dari United Kingdom itu menjawab pertanyaan Malay Mail untuk mengesahkan kelayakan akademiknya setelah dipertikai oleh seorang wakil rakyat DAP semalam.

“Rekod Universiti Nottingham mengesahkan Mohammed N. Razak tamat pengajian dengan [kepujian] BA Hons dalam ekonomi perindustrian pada tahun 1974,” kata jurucakapnya malam tadi.

Semalam, Chong Zhemin mempertikai kelayakan Najib dengan mendakwa bekas presiden Umno tidak menamatkan pengajiannya dan menuntut rekod akademiknya didedahkan kepada umum.

Namun, Najib yang berada di Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam menjawab pertanyaan media dengan ringkas: “Sudah tentu ijazah saya adalah sah.”

Malay Mail menyemak laman web universiti itu, cawangan Malaysia, yang memaparkan senarai “graduan Malaysia yang terkenal” tetapi nama Najib tidak disenaraikan.

Sebelumnya nama bekas perdana menteri itu disenaraikan di laman web tersebut, bersama beberapa lagi orang kenamaan dan tokoh. Tidak pasti bila atau kenapa namanya sudah dibuang. – MalayMail

One thought on “Universiti Nottingham Sahkan Najib Lulusan Bidang Ekonomi Perindustrian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.