Calon BN Wajib Ada Sijil Akademik Yang Sah, Bukan Sijil Tipu

KUALA LUMPUR – Calon Barisan Nasional (BN) untuk pertandingan Pilihan Raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih tidak semestinya ada misai, berkulit putih dan kacak.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa secara berseloroh memberitahu, antara kriteria diutamakan BN ialah calonnya mesti wajib mempunyai sijil akademik yang sah, bukan menipu.

Katanya, calon BN akan diumumkan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Khamis ini di Plaza Dato’ Md Said, Semenyih pada jam 5 petang.

“BN mengesahkan bahawa misai, kulit yang putih, handsome tidak termasuk dalam syarat untuk menjadi calon PRK Semenyih.

“Bagaimanapun, BN setuju calon wajib BN mempunyai sijil akademik yang sah dan tidak tipu,” katanya dalam ciapan Twitternya semalam.

Sabtu lalu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang medianya di Semenyih, memberi bayangan calon yang akan dipilih parti itu mewakili Pakatan Harapan (PH) bagi PRK Semenyih adalah seorang yang kacak dan kuat.

Malah, menurut Menteri Dalam Negeri itu, individu berkenaan mestilah berkulit cerah, bermisai dan mempunyai latar belakang akademik yang sesuai sebagai seorang calon. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.